>

Wednesday, December 29, 2010

.::..surat derhaka....::.

Ada tak baca akbar metro hari nie....
Tentang surat derhaka dari seorang anak kepada keluarga nya....
Benda nie sume berlaku kat Johor Bahru dimana terdapat 
seorang wanita yang merupakan bekas banduan sanggup 
memperdayakan bapa dan ibu tirinye sehingga membuatkan 
keluarga nye terpksa lelong rumah dan mengadai brg kemas 
atas dakwaan dia tidak mendapat kasih sayang daripada 
keluarga sejak kecil lagi. 


nie lah bukti nye yang keluarga wanita terbabit terima
 iaitu surat dimana pengakuan nye atas tindakan terhadap keluarga nye....

Wanita yang hanya dikenali sebagai Maria, 37
 juga mendakwa kekurangan didikan agama sempurna
 menyebabkan dia terbabit dalam pelbagai perbuatan negatif 
termasuk penipuan selain melahirkan anak luar nikah.

Perkara itu diluahkan Maria, ibu kepada tiga cahaya mata, 

menerusi surat yang dipos ke kediaman keluarganya di 
Taman Universiti di sini, dua minggu lalu.

Ibu tiri bekas banduan itu, Zahrah Mohamad, 68
 berkata, Maria juga sanggup memburuk-burukkan 
namanya dalam surat itu.


“Lebih pelik, dalam surat itu, Maria pada awalnya meminta maaf 

dan berharap dia tidak dianggap sebagai anak derhaka, 
sejak berkahwin dengan suami ketika Maria berusia 
lapan tahun, saya tidak pernah menganggapnya sebagai orang asing, 
sebaliknya menjaganya dengan penuh kasih sayang.

“Surat dihantar Maria juga menjadi bukti penipuan 

dilakukannya apabila dia mengaku mengakibatkan kediaman 
keluarga dilelong selain pernah menggadai barang
 kemas ahli keluarga,” katanya, semalam.


Menurutnya, jika benar dia keras hati dan pernah menyisihkan 
Maria ketika kecil, tidak mungkin dia sanggup menyerahkan
 barangan kemas dibeli hasil titik peluhnya ketika bekerja
 sebagai operator pengeluaran kilang.


Zahrah dan suami, Abdul Aziz Ibrahim, 74

turut berharap Maria menyerah diri kepada polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara,
 Asisten Komisioner Roslan Hassan berkata,
 kes itu disiasat sebagai jenayah perdagangan biarpun
 membabitkan penipuan kewangan membabitkan ahli keluarga.
“Kami turut berusaha mengesan anak perempuan
 warga emas itu berdasarkan beberapa maklumat diperoleh,” katanya.

Ada gak ek di zaman nie orang wat camtue gak.
Tapi kadang kala hanya kerana 'KASIH SAYANG',
kita sanggup buat benda yang tak dijangka semua orang.
'KASIH SAYANG'???apekah erti nye kat kOrang kasih sayng nie???
Adakah penting kasih sayang dalam hidup nie???



No comments:

Post a Comment

Followers