>

Tuesday, August 19, 2014

~ Coming back after disappearing for 3 year ~

Pejam cilik pejam cilik. Tanpa disangka hampir 3 tahun jugak la langsung tak update blog nie. Sebab ape agaknye??Pertama, Tade mase nak update blog dha coz dengan nak abes studynye lg pastue ngan keja lg. Kedua, password gmail nie lupe la tue. Ketiga, perlukan tambahan skill wat blog coz dha lame tinggalkan. Tanpa disedari dalam mase 3 tahun nie pelbagai dugaan, ujian dan cabaran dalam kehidupan futri. Perubahan pada diri sendiri pun amat berbeza dari dulu. Senang citer je la.

Banyak gak peristiwa yang terjadi pada tahun 2012 dan 2013 yang memberi kesan dalam hidup futri. Contohnya, pada 02/03/2012 merupakan flight futri dan adik-adik mpuan balik Sarawak untuk jumpe nenek di kampung dan mama di Kuching. Namun disebabkan konvo futri pada 03/03/2012 so graduate la dulu. Futri pemegang ijazah dalam  bidang Pengurusan Sumber Manusia. Keesokan harinya baru futri berangkat ke Sarawak. Pada June 2012 pulak, futri membeli sebuah kereta jenama Proton "Saga FLX" yang bernombor WWY 1344. Itulah hasil titik peluh kereta pertama futri semasa futri bekerja sebagai Document Controller di Emerson Process Management. Namun tahun 2013 pulak, pelbagai dugaan dan cabarannya. Bila diimbas kembali peristiwa itu serik pun ada. Walaubagaimanapun itu adalah yang sudah tertulis dalam takdir kita.

Pada tahun 2014 adalah detik futri berubah dan mengubah kembali kehidupan futri yang sudah tunggang-langgang sebelum nie. Perjalanan dalam hidup perlu diteruskan walau pape pun terjadi samaada suka atau tidak. Setiap yang terjadi dalam kehidupan kita ada sebabnya dan Allah sentiasa menguji hambaNya dalam pelbagai ujian. Semuanya terpulang pada hambaNya. Futri bersyukur kerna dibagi satu peluang lagi untuk berubah. Futri percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Moga futri kuat dalam menempuhi setiap ujian dan cabaran yang bakal futri hadapi.

Followers